Followers

Friday, 18 January 2013


Anugerah-NYA


Cuti semester akhir 3 sudah bermula seminggu yg lepas.. Seperti biasa, tiada yg aktiviti yg menarik sepanjang cuti menjadi seorang nana (aku).. Bangun tidur, makan, tgk tv, makan, tidur, makan, tidur, makan, tidur, makan dan tidur balik. Tp kehidupan sebegini berubah sejak kelahiran Safia Ariff dan Azique dlm hidupku..cewaaahh!! bajet mcm ak yg mlahirkan mereka pul0ps!

SAFIA,ARIFF,AZIQUE


Rutin ak yg kini boleh dikatakan byk mnghabiskan bersama mereka trutamanye bersama Azique. Azique anak angah. Seorg kanak – kanak yg sgt istimewa. Siapa sangka di dalam kita minta kesempurnaan, Allah telah memberi satu anugerah yg sgt istimewa di mata kami sekeluarga. Angah telah dikurniakan seorg anak yg mghidap Cerebral Palsy. Ini maksud CP

Cerebral Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan. Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan.

Individu yang mengalami CP adalah unik. Tahap ketidakupayaan seseorang individu itu boleh dikategorikan dari sangat minima hingga sangat teruk. Seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat minima biasanya berupaya menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Sebaliknya seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang hari. Dia bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.

Sungguhpun CP tidak dapat diubati, namun keadaan fizikal seseorang mereka boleh bertambah baik dengan menjalani terapi seperti fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan; pengambilan ubat untuk mengurangkan ketegangan otot dan mengawal epilepsi; menjalani pembedahan untuk mengurangkan ketegangan otot atau memperbetulkan anatomi yang abnormal dan sebagainya.



WQ PARK CENTRE


Azique n WQ PARK trainer


Azique and Dr. Hamidah



my lil azique with angah

please for us..Hope azique can get well soon..Insya Allah

No comments:

Post a Comment